WAN HOMESTAY VISTA@VISTA SERI PUTRA, BANDAR SERI PUTRA BANGI



WAN HOMESTAY VISTA@VISTA SERI PUTRA menawarkan penginapan yang berkualiti, harga berpatutan, selesa dan bersih. Sesuai untuk penginapan seisi keluarga atau sesiapa yang berkunjung ke Bandar Seri Putra & Bukit Mahkota Bangi atas apa saja urusan seperti urusan pembelajaran (KUIS, Empire College, USIM, Kolej Perubatan Nilai, UKM, UPM, UNITEN, UNIKL, KLIUC, GMI dll), pendaftaran, konvokesyen, lawatan, melancong, rombongan perkahwinan, kunjungan keluarga, sanak saudara dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga kemudahan seperti kolam renang, padang permainan, medan selera, kawalan keselamatan berpagar 24 jam, bank, restoran, pasar mini, pusat kesihatan, klinik, stesen minyak, balai polis serta berhampiran kawasan perumahan di sekitarnya.

LOKASI:



WAN HOMESTAY@VISTA SERI PUTRA, Jalan Seri Putra 2/3, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

Koordinat GPS:

101°47'19.42"E
2°53'6.56"N

Bersebelahan Plaza Tol Putra Mahkota, Bandar Seri Putra Bangi:
1) (Jika mengikuti Highway PLUS dari KL hala ke Seremban), anda akan nampak Exit Tol Serdang, Kajang dan Bangi, teruskan memandu sehingga 10 KM. Anda akan nampak Exit Putra Mahkota, Bandar Seri Putra / Bukit Mahkota. Masuk exit tersebut. Homestay kami hanya 2 minit dari tol.

2) (Jika mengikuti Highway PLUS dari Seremban menghala ke KL). Anda akan nampak Exit Nilai, jangan masuk, teruskan memandu sekitar 3 KM anda akan nampak Exit Putra Mahkota, Bandar Seri Putra / Bukit Mahkota. Masuk exit tersebut.

Berkereta:
Hanya 2 minit ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
1 minit ke Empire College
10 minit ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
10 minit ke pusat membeli-belah Nilai 3
20 minit ke Kajang, Serdang, Cheras, Sg Long, Balakong
30 minit ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya
20 minit ke KLIA, LCCT
30 minit ke Seremban
30 minit ke Putrajaya, Cyberjaya, Puchong
40 minit ke Shah Alam / I-City.

Caj Penginapan WAN HOMESTAY:

1 malam@RM200.
2-3 malam @RM 180/malam
3-4 malam @RM 170/malam
5-6 malam @RM 160/malam

1 minggu RM1050 (RM150/malam).
2 minggu RM1820 (RM130/malam).
3 minggu RM2520 (RM120/malam).
Sebulan RM3000 (RM100/malam).

Tempahan 50% kadar sewa (tidak dikembalikan jika batalkan tempahan 2 hari sebelum tarikh menginap).

NOTA:

*SEMUA KADAR SEWA BOLEH DIRUNDING SELAGI MUNASABAH.
*JIKA MELEBIHI MAKSIMUM KAPASITI 6 ORANG, SETIAP TAMBAHAN PENGUNJUNG DIKENAKAN CAJ RM10 SETIAP SEORANG.

Gambar WAN HOMESTAY:



Senarai Kelengkapan & Kemudahan:  

1 unit ruang untuk meletak kereta berbumbung. 

3 bilik (1 Master Bedroom + 2 bilik standard) termasuk tuala dan sejadah.

2 bilik air ( lengkap water heater).

Meja makan. 

Sofa

Kichen cabinet.

Set pinggan mangkuk dan gelas termasuk sudu dan garfu.

Peti sejuk.

Microwave.

Mesin basuh automatik.

LCD.

Seterika.

Cerek elektrik.

Lift.

Surau.

Medan selera. 

Kolam Renang.

Padang Permainan.

Security Guard 24 hours.

Untuk tempahan, sila Call/SmS/Whatsapp:

En Wan 012-918 5187.

Pn Zana 012-324 1924.  

Cara Tempahan:

Jika ingin tempah homestay selama 1 bulan dengan bilangan pengunjung seramai 6 orang.

SmS: Homestay<JARAK>Tarikh Check In & Tarikh Check Out<JARAK>Bilangan Pengunjung<JARAK>Nama Anda.


Cth SmS: "Homestay 1-31/1/14 6org Ahmad"

Send To:

>012-9185187 En Wan.

>012-3241924 Pn Zana.

Pihak kami akan menghubungi anda seberapa segera untuk rundingan harga dan pengesahan tempahan.

*TEMPAHAN TIDAK DIKEMBALIKAN JIKA TARIK DIRI 2 HARI SEBELUM TARIKH MENGINAP. JIKA TARIK DIRI 2 HARI SELEPAS TARIKH MENGINAP, HANYA 50% TEMPAHAN AKAN DIKEMBALIKAN

Waktu CHECK IN 3 PETANG  dan CHECK OUT 12 TENGAHARI. Selepas waktu check out, akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM20/jam. Boleh check out melebihi pukul 12 tengahari jika ada kekosongan selepasnya.

PERATURAN DI DAPUR HOMESTAY:

1)  Tidak dibenarkan memasak dan pihak kami memang tidak menyediakan kelengkapan memasak seperti tong gas, kuali, periuk dan sebagainya untuk mengelakkan ketidakselesaan pada pengunjung baru yang akan menginap di homestay kami.

2) Tidak dibenarkan menyimpan barangan basah seperti ikan, daging, sotong, udang dan sayur-sayuran di dalam peti sejuk. Hanya barangan kering seperti minuman ringan atau makanan ringan yang tidak mengotorkan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Mana-mana makanan ringan atau lebihan makanan seperti lauk pauk, roti, kuih muih, kek, mee, bihun dan sebagainya sila bungkus untuk dibawa balik atau dibuang sahaja ke dalam tong sampah.

Semoga anda semua berpuashati dengan perkhidmatan kami. Terima kasih.

~~~ END ~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan